Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penyusuan susu ibu

Isu-isu menyusu ketika hamil

Saya menyusukan anak saya sejak lahir hingga sekarang (1thn3bln),saya disahkan mengandung lagi.adakah sebarang masalah akan timbul sekiranya saya terus menyusukan anak saya itu. Sehingga berapa bulankan usia kandungan saya saya perlu berenti menyusukan anak saya itu. Kadangkala saya merasa sakit/kerengsaan diputing saya ketika anak saya menyusu. Apakah faktor yang menyebabkan saya merasa sakit ini? Jawapan: Untuk kebaikan janin di dalam kandungan rahim puan, sebaik-baiknya puan berhenti menyusu badan supaya janin tersebut mendapat nutrien dan zat makanan yang secukupnya untuk proses tumbesaran. Di peringkat kritikal ini juga ,penerusan penyusuan badan boleh menyebabkan kontraksi rahim dan sakit buah dada serta puting seperti yang puan alami sekarang.   Dinasihatkan masa kandungan dah 7 bulan utk memberhentikan penyusuan sbb bila ibu menyusukan baby, ade hormon yg akan dikeluarkan dalam badan yg akan mengecutkan rahim ibu. bagi ibu yg DAH bersalin, this is good ( boleh cepat kurus

Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka...

“TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka. Bukan tidak cukup pengetahuan, siapa jua tidak menafikan kebaikan susu ibu yang tidak ternilai ini. Namun begitu, tuntutan kerja membuatkan kebanyakan ibu mengambil keputusan bertukar kepada susu formula. “Bekerja bukan masalah untuk meneruskan penyusuan badan. Berapa ramai ibu yang bekerja telah berjaya menyusukan anak mereka, malah ada antaranya bekerja dalam sektor yang lasak namun tidak mempunyai masalah untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif,” kata Ketua Jururawat dan Kaunselor Penyusuan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Marjinah Badli. Menurutnya, tuntutan kerja bukanlah penghalang untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan selepas habis berpantang asalkan mereka mempunyai niat dan keinginan yang tinggi. Kemudahan yang ada ketika ini katanya, amat berkesan untuk memba