Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nur aina farisah

Simple Birthday Celebration

29 March 2015, genap umur kakak aina 5 tahun..  Al-kisah lama sudah mama tak celebrate birthday anak-anak kan.. So kalini kebetulan pulak birthday kakak jatuh hari cuti, ahad, so dapatlah kami sambut kecil-kecilan di rumah sekalikan birthday kakak Aina dengan birthday  Aisha Mama ngan abah pun tak jemput ramai orang, hanya member-member terdekat yang ada anak kecil baya2 anak kami dan adik beradik mama dgn abah jer... Ramai-ramai takut tak terlayan je nanti.. Nama pun simple dan kecil jer kan, semua menu kami masak sendiri kecuali kek dengan cream puff jer mama order dengan ex-classmate mama dlu Aunty Aida (mama afiq aqif dan arissa). Menu yang mama masak, Laksam kelate, spiral makaroni goreng dengan dadih durian jer. Abah chef of the day, rajin betul abah haritu, semua benda dia nak buat. Satay, ayam bakar, lokceng ikan dan yang buat separuh jalan , kebab daging...sebab xlarat sangat..hehe..it's ok syg.. tq so much.. Tq jg Ibu (maklong, kakak mama) bawakan pudin

While mom in labour room

Suatu hari di PPUM Kuala Lumpur, 20 March 2014  Sementara menanti mama bertarung nyawa mengeluarkan adik baby dari alam rahim ke dunia. Kami dua beradik bergembira main mainan di bawah ini...\(",)/ Dan makan nasi lemak sedap sebungkus sorg kat cafe bawah ni..  Itu saja cerita saya...Sekian..terima kasih kerana sudi membaca.. :)

My Girls My Everyhing

Baby Aisha 5.5 bulan. Membesar bagai juara dan sangat akrab dengan kakak Aina. Gelak sakan bila kakak agah. Orang lain mama abah kak ngah sume xlayan..uhuhuh Teman sejati. Diala kawan, diala lawan. Time baik, baik sesangat..time moody, dgr suara pun marah2..alahai anak-anak..semoga makin akrab bila besar nanti..gaduh2 manja, lepas gaduh mintak maaf peluk sayang balik ya syg...=) Puteri-puteri kami. semoga menjadi anak yang baik dan solehah ye sayang.. We love you so much. Hidup penuh makna dengan kehadiran mereka.. ALHAMDULILLAH..

Santai di Setia City Park

Entry pertama tahun 2014. Alhamdulillah. Selamat menyambut tahun baru semua.. banyak nak story pasal tahun baru ni.banyak benda berlaku dan bermula pada tahun baru 2014. Mama diarahkan berpindah ke pejabat baru, kampus baru puncak Alam, kakak aina pun dah mula masuk tadika baru, aimi pun sama pindah ke taska baru dekat dengan rumah. Awal tahun baru memang agak menyedihkan, habis semua rutin harian berubah. Alhamdulillah kakak sangat-sangat ok, behave, dan happy di tempat baru. Namun aimi, sampai ke hari ni, dah dekat sebulan, masih muram, sedih dan moody je bila hantar pagi-pagi. Selepas hampir sebulan tempoh percubaan ni, kami suami-isteri membuat keputusan untuk kembali hantar ke taska lama. Memang agak jauh hampir sejam perjalanan untuk sampi ke pejabat, sebab laluan yang berbeza, tapi demi anak-anak, mama sanggup berkorban. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Tanggal 24 Januari lepas, genap kakak manis, Nur Aimi Farzana berusia 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, aimi membesar dengan s

Update adik baby, kak ngah dan kakak

Huh panjangnye tittle.. Bergelar ibu muda mengandung anak ke-3 dan menjaga 2 orang anak perempuan cukup mencabar namun sangat membahagiakan. Alhamdulillah walaupun sibuk melayan kerenah kakak dan kak ngah (skang still panggil adik lagi, next nak kena praktis panggil kak ngah dah pulak.. ), adik baby membesar dengan sihat dan normal dalam perut mama ni. Setiap hari perut mama jadi bahan experiment kakak berdua tu, konon xsabar nak tgk adik baby, di sayang di peluk dicium. Alhamdulillah nikmatnye terasa mendapat kasih syg dari anak-anak kecil ni. Masih kecil tapi kadang-kadang berlagak dan gaya macam orang dewasa. cepat sangat mereka belajar dan tiru gaya kita.. Sekarang dah hampir 7 bulan. Last week mama g check-up untuk 6 months macam biasa. Berat baby pun boleh tahan, cemerlang mcm kakak2nya jgk. hampir cecah 900g.. Another 3 months tak mustahil berat baby 3.0 kg ++ nanti time deliver.. Mudah-mudahan selamat semuanya hingga hari bersalin nanti. 25 weeks- tisu-tisu muka dah jel

My Inspiration

Assalamualaikum.. Lama tak bercerita pasal anak dara dua orang tu. Masing-masing membesar dengan sihat dan aktif. Alhamdulillah dapat tengok dorang membesar depan mata. Tahun depan kakak dah 4 tahun, adik pula lagi sebulan dah masuk 2 tahun. Tambah pula ahli keluarga baru, berlima pula kami tahun depan, dengan izin-NYA. Masing-masing membesar dengan macam-macam kerenah dan perangai..Time baik amat, sejuk perut mak mengandung, cerdik mengalahkan orang tua.. Time buat perangai, semua benda xkena, pujuk pun xjalan, mula la fikir ikut perangai sape la time kecik2 ni..hehehe..biasala kan budak2.. Kakak sekarang kuat merajuk, sensitive je time moody. lambat skit mula la muncung, nangis... Adik pula lasak kemain, suka sangat lari-lari jatuhkan badan, buat aksi stunt, panjat-panjat, pening kepala kami.. tak boleh marah, tak boleh larang habis mengamuk satu rumah.. Layankan je la, sambil-sambil pantau takut jatuh cedera. Aktif sangat pun pening, tapi kalau dia pasif, diam je lagi la kami