Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

SALAM EID' 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI KAMI SANAK SAUDARA DAN RAKAN TAULAN YANG JAUH MAHUPUN DEKAT ‘Taqabbalullah minna waminka’  (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Pengganti WES8668 - Green Machine 001 Hybrid

Green Machine - Green Car, Save the Earth.. Dalam entry lepas, honda civic kesayangan telah pun selamat bertukar tuan pada 13 Januari 2012.. setelah sebulan, penggantinya telah pun selamat dipinang.. Pada 3 Mac 2012, setelah 2 minggu menunggu proses kelulusan bank etc, green machine tersebut selamat kami terima.. New baby, new car.. Syukur alhamdulillahh.. Honda Insight Hybrid 2011

Resepi : butir nangka suka-suka hati

Assalamualaikum :) Semalam 3rd time mama buat butir nangka sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa.. dah addicted org kata..hari2 nak makan pun xpuas2.. Ok la mari kita kongsikan resepi untuk buat butir nangka suka-suka hati ni yer.. Bahan-bahannya ialah : 1 cawan tepung pulut (anggaran 2 org mkn) air yg diletak pewarna hijau (atau air perahan daun pandan) santan suka-suka hati nk kuah manis tu byk / sikit halba daun pandan gula & garam tepung beras (sikit je dlm 1 sudu untuk pekatkan kuah)  Cara-caranya ialah : Untuk sediakan butir nangka tu, campurkan tepung pulut dengan air hijau dalam bekas dan uli sebati (tepung dah xmelekat kat tangan) Panaskan air dalam periuk, sementara tunggu air mendidih, boleh la bentukkan tepung yang dah siap di uli tu bulat2 @ panjang2 (suka-suka hati)  Bila air dah mendidih, masukkan tepeung yang dah dibentuk ke dalam periuk. tunggu sehingga doh tersebut timbul dan terapung dalam air baru boleh diangkat dan dimasukkan ke dalam beka

Tips #2 : Membentuk JUARA

JADIKAN ANAK ANDA SEORANG JUARA ========================= Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang "outstanding" berbanding rakan sebayanya .. selamat mencuba mommies! 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik atau nama yang baik tetapi diberi gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak menjadi malu dan rendah diri. Sedangkan dalam Islam juga ibu bapa dituntut untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak. 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan pe

Tips #1 : Tantrum

APABILA ANAK BUAT PERANGAI ==================== Bila anak lepaskan geram, ia mempengaruhi orang lain. Petua berikut boleh membantu anda menenangkan anak yang buat perangai. Anda cuba memasukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala. Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap ‘mengamuk’. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Kerenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur empat tahun. MENGAPA? ======= Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripad